Friday, May 20, 2011

rahsia awet muda maizawati zainal !

. . satu malaysia sekarang dah gegar dengan gossip dan fakta maizawati , 35 , bekas isteri ustat rock , aqil hayy yang telah berkahwin dengan seorang cowok yang ganteng , muda dan sangat muda iaitu perbezaan 12 tahun ( makcik haneem dengan pakcik nasroul 1 tahun ja ) . . dan aku sendiri terpikiaq la kan . . mudo gilo kot ! macam adik dengan kakak ! Kepada yang bernama gadis, wanita, perempuan dan juga makwe yang tua dari pakwe ,  meh duduk dekat sikit . meh nak share petua untuk kekal subur , mudah dapat anak dan badan kekal menawan . psstt .  .psstt . . tapi sat . . jum usya gambaq dulu weeeyyhhh . . 





tahniah ! dah dapat baby baru , , anak ke - 7 dah la tapi yang pertama buat encik suami . 

PETUA MAIZAWATI

1. Amalkan berpantang
Berpantang ni penting untuk proses memulihkan tenaga selepas bersalin dan memelihara kecantikan luaran serta dalaman

2. Amalkan makan makanan panas
Elakkan makanan sejuk seperti timun yang boleh menganggu perjalanan urat saraf

3. Makan jamu serbuk
Jamu penting untuk mempercepatkan pemulihan tenaga selepas bersalin

4. Minum air akar kayu
Akar kayu pula boleh membantu menguatkan otot-otot dalaman dan menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin

5. Elakkan minum ais dan minuman berkarbonat selama setahun
Elakkan minum ais sangat penting untuk mengekalkan kecantikan dan awet muda

6. Minum madu setiap pagi dan malam
terlalu banyak khasiat madu seperti meningkatkan antibodi badan, mencegah penyakit dan kekal muda

nilah petua yang sering diamalkan maiza, kalau rajin dan selalu amalkan insyallah nampaklah kesannya. tapi yang bab elakkan minum ais tu me susah siket, sebab kalo tengok je milo ice mesti nak beli hee~

@: selamat mencuba...dan selamat beramal  ! (dengan nada kat radio hot.fm)


No comments:

Post a Comment