Thursday, May 19, 2011

my most favourite song meaning ~

Untuk entri kali ini pula saya ingin berkongsi kepada anda semua kupasan yang telah saya buat . Kali ini adalah lagu yang bertajuk Your Guardian Angel . Lagu Your Guardian Angel dendangan penyanyi asal , S.Jibeng , telah dipopularkan oleh kumpulan The Red Jumpsuit Apparatus (aku tipu hampa ni !) . Lagu ini jika dirumikan bermaksud 'Malaikat Pelindungmu' . Bukan lagu mengenai malaikat sebenarnya . Perkataan 'Malaikat Pelindung' tu merupakan Metafora yang mewakili seorang lelaki yang menjadi pelindung kepada awek dia . Jangan tanya aku apa tu metafora sebab aku dah tak sekolah lagi . Jom sama-sama kita lihat maksud di sebalik lagu yang romantik ni . sila Klik 'See More' ( saja nak tiru facebook) .








 Lagu ini mengisahkan mengenai perihal seorang lelaki (malaikat pelindung) yang bermati-matian sayang gila kat awek dan nak lindung awek dia daripada segala masalah termasuk penipuan ejen jualan langsung , MLM (multilevel marketing) dan skim piramid .


When I see your smile , Tears run down my face , I can't replace

- Lelaki tu bukan seorang yang gembeng (kuat menangis) . Maksud lirik kat atas lelaki pelindung/malaikat pelindung tu rasa terharu dan bersyukur apabila melihat senyuman awek dia dan senyuman tu tak boleh diganti even Jueliana Evans yang senyum sekalipun . confirm awek dia cantik gila kalah Jueliana Evans yang noty tu .




And now that I'm strong I have figured out , How this world turns cold and it breaks through my soul . And I know I'll find deep inside me, I can be the one.


- Lelaki berkata dia dah menjumpai kekuatan dia , mungkin kekuatan dia yang dia maksudkan tu ialah awek dia . Lepas tu dia gambarkan dunia ataupun persekitaran dia dan awek dia pada masa tu penuh dengan macam-macam masalah dan dugaan . Mungkin masalah seperti rasuah , rusuhan di Mesir , konflik New World Order , freemanson dan konspirasi video seks Anuar Ibrahim . Lelaki tu yakin walau macam mana masalah pun dia tetap kuat . Dia yakin dia tetap dapat lindungi awek dia .


I will never let you fall . I'll stand up for you forever . I'll be there for you through it all . Even if saving you sends me to Heaven.

- Lelaki tu tak nak perempuan tu jatuh di timpa tangga Mr.Mark . Dia nak selalu melindungi awek dia dan menempuhi onak duri bersama-sama walaupun dia mati untuk selamatkan perempuan tu (maksud untuk 'even if saving you sends me to heaven). Gila aku tak sanggup .


It's okay. It's okay. It's okay.



- Benda ni pun tak kan aku kena terangkan jugak ehh ? budak tadika pon tau . .

And seasons are changing , And waves are crashing , And stars are falling all for us . Days grow longer and nights grow shorter , I can show you I'll be the one.

- Lelaki tu berkata musim berubah , ombak berdesir dan bintang jadi tahi bintang untuk dia dan awek dia . Maksudnya something yang indah tu memang untuk diorang tengok berdua je . Lepas tu walaupun hari semakin panjang , malam semakin pendek (diorang dah tak dapat tengok tahi bintang) . Dia tetap ada untuk perempuan tu .



'Cause you're my, you're my, my . My true love, my whole heart . Please don't throw that away . 'Cause I'm here for you . Please don't walk away and , Please tell me you'll stay . Stay.

-Walaupun dia dah bersumpah nak jaga awek dia , dia tetap takut awek dia lari cari mat bangla . So dia minta awek tu stay dengan dia sebab awek dia tu segala-galanya bagi dia .

Use me as you will , Pull my strings just for a thrill , And I know I'll be okay , Though my skies are turning gray
- Lelaki tu tak kisah kalau awek dia cuma mempergunakan dia untuk kepentingan diri sendiri . Dia (lelaki tu) tetap okay walaupun dia sedih . Bodoh betul lelaki Itu . Aku pula emosi 




2 comments: