Wednesday, May 18, 2011

kakak , , jangan mencari terlalu sempurna ( ni pesan mak aku )

ya . . memang niat asal aku bpisah sementara dengan pakcik sebab nak bagi dia ruang untuk fokus stadi ,  tapi sebenarnya apa yang terniat dalam hati aku kemudiannya adalah kerana aku risau aku ter 'suka' orang lain kat u nanti , , dan aku x mau pada waktu tu pakcik aku akan terguris dengan sikap aku , , so ak amek langkah awai laa , , aku cita kat mak aku benda ni . . aku ingat mak aku nak bela aku . . rupanya dia belahkan abee nasroul lagi . . antara nasihat mak aku yang aku tokok tambah sikit . .

jika kamu memancing ikan , dan setelah ada seekor ikan tersangkut di mata kail kamu , hendaklah kamu ambil ikan tu . . janganlahh lepaskan ia semula ke laut kerana ia akan sakit disebabkan bisanya ketajaman mata kail kamu dan akan membuatkan dia menanggung kesakitan sepanjang hidupnya . . 
. .  begitulah juga setelah kamu memberi harapan pada seseorang  , setelah dia mulai menyayangi kamu sepenuh hati , jangan lahh kamu meninggalkan dia begitu sahaja kerana dia akan terluka dengan kenangan bersamamu dan mungkin akan sentiasa mengingati kamu apabila melihat kesan lukanya (macam hadiah ka apa ka) dan menderita sepanjang hidupnya . .


jika kamu menadah air ,  biar lahh berpada , , jangan kamu terlalu mengharap keteguhan tempayan menampung takungan air . . cukuplahh sekadar keperluan , , kerana nanti bila ia retak , sukarlah untuk kamu menampalnya semula , , dan akhirnya dibuang sahaja tempayan yang retak itu . .
begitu juga jika kamu menyayangi seseorang , janganlahh kamu terlalu mengaguminya , , anggaplahh dia manusia biasa . . kerana satu hari nanti apabila dia melakukan kesilapan , kamu tidak dapat menerimanya dan berlalu meninggalkan nya . .


. . jika kamu telah mempunyai sepinggan nasik yang baik , yang cukup rasa , cukup lauk , sihat ulam ulama nya . . mengapa kamu masih berlengah untuk makan ? ? cuba mencari makanan lain yang lebih sedap? ? terlalu ingin mengejar kelazatan . . akhirnya nasik yang berkhasiat itu akan basi juga . . dan kamu akan menyesal . .
. . begitu juga setelah kamu berjumpa seseorang yang dapat membahagiakanmu , menyayangi mu , memuja mu , mengapa kamu masih berlengah untuk serius dengannya , , dan cuba membandingkan dia dengan yang lain ? ? terlalu mengejar kesempurnaan . . kelak kamu akan menyesal setelah dia berlalu pergi dan takkan kembali . .



2 comments:

  1. aku suka entry nih!mmg kena pada feeling aku skang nie.oke then, what should i do?

    ReplyDelete
  2. terima dia seadnya . . kalu dia mmg komited stadi,let him,,tapi tanpa hg , dia akan lemah weyhh

    ReplyDelete